Informasi tentang panduan membuat kek

1. Baca resipi dengan teliti untuk mendapatkan maklumat tentang cara memasak samada membakar atau mengukus, juga untuk mengetahui kaedah yang digunakan.

2. Sediakan barang-barang yang diperlukan samada bahan-bahan atau peralatan. Susunkan diatas meja.

3. Beli tepung kek ataupun tepung rendah gluten. Menggunakan tepung yang tidak sesuai akan menghasilkan kek yang berat dan "berpasir".

4. Gunakan telur saiz besar yang digredkan sebagai A ataupun AA. Telur hendaklah berada pada suhu bilik.

5. Gunakan gula kastor ataupun gula halus dalam semua jenis resipi kek ataupun pastri supaya masa yang diperlukan untuk membancuh adunan boleh dipercepatkan. Ini juga mengelakkan daripada terjadinya gluten semasa membancuh.

6. Mentega yang digunakan haruslah mentega yang mengandungi garam. Ini akan menambahkan keenakan kek. Jika menggunakan majerin, bahan ini pada asasnya sudah mengandungi garam.

7. Mentega atau krim keju hendaklah dikeluarkan dari peti sejuk 1/2 jam sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah dipukul.

8. Timbang bahan-bahan mengikut resipi. Jangan terlebih atau terkurang. Dapatkan bahan-bahan yang segar dan masih belum tamat tempoh.

9. Peralatan seperti pengadun(mixer), mangkuk adunan, pengaut, senduk dan lain-lain hendaklah dalam keadaan yang bersih.

10. Sediakan tin pembakar yang bersesuaian saiz seperti dinyatakan dalam resipi. Griskan dan lapik dengan kertas serap minyak. Tin untuk membuat kek span dan kek sifon tidak perlu digriskan.

11. Ketuhar (oven) hendaklah dibersihkan dari habuk atau tumpahan minyak. Panaskan ia ke suhu 180 darjah celcius selama 15 minit sebelum memasukkan kek.

12. Untuk membakar kek jenis ringan saperti kek span dan kek chiffon, gunakan suhu 180 hingga 200 darjah Celsius dan masa membakar antara 20 hingga 30 minit. Untuk memastikan kek betul-betul masak sebelum dikeluarkan dari ketuhar, tekan dengan jari di bahagian tengah kek. Jika teksturnya menganjal, ertinya kek itu sudah masak. Keluarkan dari ketuhar dan terbalikkan acuan kek diatas redai kuih tanpa mengeluarkan kek sehingga ia sejuk. Ini untuk mencegah kek mendap. Selepas 10 minit, pusingkan kek kedudukan asal dan keluarkan kek dengan mengikis sisinya dengan pisau

13. Untuk membakar kek jenis berat seperti kek buah dan kek butter, mulakan dengan suhu 180 darjah Celsius kemudian turunkan kepada 150 atau 160 darjah Celsius setelah kek berada dalam ketuhar selama 15 hingga 20 minit. Untuk memastikan kek itu masak, cucuk dengan lidi dibahagian tengah kek dan lidi itu harus kelihatan licin apabila ditarik keluar. Jika masih ada adunan melekat di lidi, biarkan kek dalam ketuhar untuk beberapa minit lagi.

14. Setelah memasukkan kek ke dalam ketuhar, setkan masa yang diperlukan untuk membakar. Jika kek mentega masa selalunya 1 jam, kek buah mengambil masa 1 1/2 jam dan kek span 45 minit sahaja.

15. Tanda mudah kek telah masak ialah warnanya kekuningan, baunya harum dan ia lekang dari sisi tin pembakar.

16. Untuk membuat kek lapis, perlukan api atas dan bawah (grill). Gunakan ketuhar yang bersesuaian. Masa membakar juga singkat iaitu 7 -10 minit bergantung kepada jenis ketuhar.

17. Jangan buka pintu ketuhar 30 minit pertama kerana kek belum set. Haba yang keluar akan menyebabkan kek bantat. Selepas 45 minit anda boleh buka untuk menukar kedudukan kek.
18. Jangan masukkan terlalu banyak kek dalam satu ketuhar. Ini akan menyebabkan kekurangan haba dan kek akan jadi bantat.

19. Apabila kek telah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan ia sejuk dalam tinnya selama 30 minit sebelum dikeluarkan.

20. Kek boleh dihidangkan apabila sejuk. Untuk menyimpannya, balutkan dengan kertas aluminium atau pembalut plastik. Masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Kek biasa tahan satu minggu sementara kek lapis pula tahan 1 bulan.

13 comments:

Noorzuraini Ishak said...

informasi yang lengkap....terima kasih

Anonymous said...

jika kek keju bakar bgamna pula pengurusan dr segi guna ketuhar, penyediannya ? ada pantang dlm penyediaan? tq

noraz said...

Blog yang menarik dan penuh dengan informasi tentang masakan dan juga resepi yang boleh diaplikasikan dalam masakan. Semoga kita akan dapat berkongsi pendapat dalam industri ini.

Anonymous said...

Info yang baik untuk pengurusan dalam membuat kek..terima kasih..lengkap..padat dan mudah difahami..

Unknown said...

Tolong beri panduan kalau saya nak post kek lapis rempah keluar negara makan masa 3hari tanpa masuk fridge dulu. Kesihankan anak yg rindu kek lapis. Terima kasih.

Unknown said...

terimakasih atas panduan puan...

Unknown said...

terimakasih atas panduan puan...

Unknown said...

Info yg lenkap..terima kasih

Unknown said...

Tq sgt membantu

Unknown said...

Lps berapa minit boleh masukan kek kedua selepas kek pertama siap dibakar dlm oven.

SAYANG CIK LIEZA said...

Nk tnya biasa nya kalo kita nk guna mixer..cth nk pkl gula dgn mentega dulu..berapa lama ptut diambil utk memukul dn kelajuan dia mcm na

Unknown said...

Kalau nak masak kek Chocolate berapa lama ye?

Anonymous said...

Kalau bakar kek perlu tak lapis tray hitam kat bawah

Post a Comment