Ayam Panggang Madu

Bahan-bahan:
1.5 kg kepak ayam
1 cawan kicap pekat
3 sudu besar madu
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos tiram
6 ulas bawang putih }ditumbuk
1 sudu kecil lada sulah } ditumbuk halus - nak tambah lagi boleh jugak..ikut citarasa masing2

Cara-cara:
Basuh ayam dan toskan sehingga kering. Gaulkan semua bahan dan lumurkan pada ayam sehingga sekata. Perapkan selama 1 malam di dalam peti ais. Panggang ayam di dalam oven pada suhu 200%C atau diatas bara api. Semasa proses memanggang bolehlah disapu ayam dgn lebihan bahan perapan tadi berulang-ulang sehingga ayam masak. Hidangkan panas-panas.

No comments:

Post a Comment