Untuk membuat pelbagai jenis kuih-muih, roti, pastri,kek atau biskut, anda hendaklah memahami serba sedikit tentang jenis-jenis tepung yang sesuai dengan produk-produk tersebut.
1. Tepung Gandum Serbaguna (All Purpose Flour)
Tepung ini paling mudah didapati di pasaran. Ia sesuai untuk membuat pelbagai jenis kuih-muih, roti, pastri ,kek atau biskut. Tepung ini adalah tepung protin sederhana dan kandungan protinnya adalah 9 - 10.5 %.
2. Tepung Protin Tinggi
Tepung ini juga dikenali sebagai tepung roti dan ia amat sesuai untuk membuat roti dan produk-produk pastri. Kandungan protin adalah tinggi iaitu 12.6 - 13.6 % .Gluten yang terhasil apabila tepung ini diuli memberi kekenyalan kepada roti.
3. Tepung Pau
Tepung ini sesuai untuk membuat pau kerana sangat cerah dan putih. Pau juga akan menjadi lembut dan halus. Kandungan protinnya ialah 9.5 - 10.5 %.
4. Tepung Kek
Ia juga dikenali sebagai tepung superfine . Tepung ini jenis rendah protin dan sesuai untuk membuat pelbagai jenis kek dan pastri.
5. Tepung Ros Merah (Red Rose Flour)
Tepung ini mengandungi sedikit tepung jagung dan bahan perangup biskut. Oleh itu ia sangat sesuai untuk membuat pelbagai jenis biskut.
6. Tepung Hong Kong
Tepung ini juga dikenali sebagai 'water lily flour' dan ia sangat putih. Ia sesuai untuk membuat kek lapis dan menjadikan kek lembut.
7. Tepung Hoen Kwee
Tepung ini diperbuat dari sejenis kacang dan sering digunakan untuk membuat kuih-muih terutama di Indonesia. Ia boleh didapati dalam peket-peket kecil seberat 85 gm dan terdapat dalam pelbagai warna seperti kuning, putih, hijau dan merah.
8. Tepung Naik Sendiri (Self-Raising Flour)
Tepung ini adalah sejenis tepung kek dan ia telah mengandungi serbuk penaik dan soda bikarbonat dalam kadar yang tertentu. Jika anda menggunakan tepung ini untuk membuat kek, tidak perlulah menambah serbuk penaik dalam resepi anda.
Lain-lain jenis tepung yang biasa kita gunakan adalah tepung kastad, tepung jagung, tepung ubi, tepung beras, tepung pulut, tepung susu dan lain-lain yang digunakan hanya sedikit sahaja. Oleh itu, pastikan anda menggunakan tepung yang betul agar hasil produk tersebut memuaskan hati anda
Sumber : Noraini Zakaria
Showing posts with label Info/Petua. Show all posts

Petua Membuat Kek
Kualiti membuat kek bergantung kepada teknik pembuat kek.
Walaupun bahan-bahan yang digunakan sama tetapi teknik yang berbeza memberikan hasil yang berbeza juga.Ada beberapa kemungkinan yang dapat menjelaskan mengapa kek yang anda buat tidak segebu di kedai kek.
Kek kering
• Penambahan bahan pengembang yang berlebihan sehingga udara terperangkap terlalu banyak dan kek menjadi kering.
• Suhu oven yang kurang panas sehingga kek harus berada di dalam oven terlalu lama.Panaskan dahulu oven pada suhu yang diinginkan sekurang-kurangnya 15-20 minit sebelum kek dibakar, kemudian barulah masukkan kek.
Kek retak atau pecah
• Suhu oven yang terlalu panas.
• Kek diletakkan di rak paling atas oven yang membuat permukaan kek terlalu panas.Letakkan kek di rak bahagian tengah sehingga mendapat oven yang merata.• Loyang yang dipakai terlalu kecil hingga isi loyang menjadi terlalu penuh
Kek bantat
• Bahan cair yang digunakan lebih banyak dari bahan kering sehingga adunan menjadi terlalu lembik.
• Jumlah bahan pengembang seperti serbuk penaik dan bikarbonat yang digunakan tidak sesuai.Akibatnya kek tidak dapat mengembang sewaktu dibakar.
• Proses pembuatan awal seperti memukul telur dan mentega tidak sebati hingga berwarna putih.Bahan-bahan lain dimasukkan sebelum waktunya.
• Cara mengacau adunan salah atau berlebihan semasa memasukkan tepung.Lakukan pengacauan dengan senduk kayu secara searah dan tidak terlalu lama.Jika memakai mixer,pasang dengan kelajuan rendah sambil kacau sehala.
Kek turun dibahagian tengah
• Dikacau berlebihan sehingga menyebabkan adunan terlalu halus dan menghancurkan udara yang telah terperangkap di dalamnya.
• Penambahan bahan pengembang yang berlebihan.
• Suhu oven yang tidak tepat,kurang panas atau terlalu panas.• Kek kurang masak.Caranya ialah dengan menusuk lidi di bahagian tengah kek,jika adunan tersebut tidak melekat di lidi,kek sudah masak.Boleh juga dengan cara menekan hujung jari ditengah-tengah kek.Kek yang cukup masak akan naik semula seperti mana anda menekan span.

Labels:
Info/Petua
Informasi tentang panduan membuat kek
1. Baca resipi dengan teliti untuk mendapatkan maklumat tentang cara memasak samada membakar atau mengukus, juga untuk mengetahui kaedah yang digunakan.
2. Sediakan barang-barang yang diperlukan samada bahan-bahan atau peralatan. Susunkan diatas meja.
3. Beli tepung kek ataupun tepung rendah gluten. Menggunakan tepung yang tidak sesuai akan menghasilkan kek yang berat dan "berpasir".
4. Gunakan telur saiz besar yang digredkan sebagai A ataupun AA. Telur hendaklah berada pada suhu bilik.
5. Gunakan gula kastor ataupun gula halus dalam semua jenis resipi kek ataupun pastri supaya masa yang diperlukan untuk membancuh adunan boleh dipercepatkan. Ini juga mengelakkan daripada terjadinya gluten semasa membancuh.
6. Mentega yang digunakan haruslah mentega yang mengandungi garam. Ini akan menambahkan keenakan kek. Jika menggunakan majerin, bahan ini pada asasnya sudah mengandungi garam.
7. Mentega atau krim keju hendaklah dikeluarkan dari peti sejuk 1/2 jam sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah dipukul.
8. Timbang bahan-bahan mengikut resipi. Jangan terlebih atau terkurang. Dapatkan bahan-bahan yang segar dan masih belum tamat tempoh.
9. Peralatan seperti pengadun(mixer), mangkuk adunan, pengaut, senduk dan lain-lain hendaklah dalam keadaan yang bersih.
10. Sediakan tin pembakar yang bersesuaian saiz seperti dinyatakan dalam resipi. Griskan dan lapik dengan kertas serap minyak. Tin untuk membuat kek span dan kek sifon tidak perlu digriskan.
11. Ketuhar (oven) hendaklah dibersihkan dari habuk atau tumpahan minyak. Panaskan ia ke suhu 180 darjah celcius selama 15 minit sebelum memasukkan kek.
12. Untuk membakar kek jenis ringan saperti kek span dan kek chiffon, gunakan suhu 180 hingga 200 darjah Celsius dan masa membakar antara 20 hingga 30 minit. Untuk memastikan kek betul-betul masak sebelum dikeluarkan dari ketuhar, tekan dengan jari di bahagian tengah kek. Jika teksturnya menganjal, ertinya kek itu sudah masak. Keluarkan dari ketuhar dan terbalikkan acuan kek diatas redai kuih tanpa mengeluarkan kek sehingga ia sejuk. Ini untuk mencegah kek mendap. Selepas 10 minit, pusingkan kek kedudukan asal dan keluarkan kek dengan mengikis sisinya dengan pisau
13. Untuk membakar kek jenis berat seperti kek buah dan kek butter, mulakan dengan suhu 180 darjah Celsius kemudian turunkan kepada 150 atau 160 darjah Celsius setelah kek berada dalam ketuhar selama 15 hingga 20 minit. Untuk memastikan kek itu masak, cucuk dengan lidi dibahagian tengah kek dan lidi itu harus kelihatan licin apabila ditarik keluar. Jika masih ada adunan melekat di lidi, biarkan kek dalam ketuhar untuk beberapa minit lagi.
14. Setelah memasukkan kek ke dalam ketuhar, setkan masa yang diperlukan untuk membakar. Jika kek mentega masa selalunya 1 jam, kek buah mengambil masa 1 1/2 jam dan kek span 45 minit sahaja.
15. Tanda mudah kek telah masak ialah warnanya kekuningan, baunya harum dan ia lekang dari sisi tin pembakar.
16. Untuk membuat kek lapis, perlukan api atas dan bawah (grill). Gunakan ketuhar yang bersesuaian. Masa membakar juga singkat iaitu 7 -10 minit bergantung kepada jenis ketuhar.
17. Jangan buka pintu ketuhar 30 minit pertama kerana kek belum set. Haba yang keluar akan menyebabkan kek bantat. Selepas 45 minit anda boleh buka untuk menukar kedudukan kek.
18. Jangan masukkan terlalu banyak kek dalam satu ketuhar. Ini akan menyebabkan kekurangan haba dan kek akan jadi bantat.
19. Apabila kek telah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan ia sejuk dalam tinnya selama 30 minit sebelum dikeluarkan.
20. Kek boleh dihidangkan apabila sejuk. Untuk menyimpannya, balutkan dengan kertas aluminium atau pembalut plastik. Masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Kek biasa tahan satu minggu sementara kek lapis pula tahan 1 bulan.

Subscribe to:
Posts (Atom)